Wednesday 31 October 2012

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Selamat Hari Raya Aidil Adha saya ucapkan pada semua. Walaupun dah hampir seminggu berlalu tapi rasanya belum terlambat.
Macam mana dengan sambutan tahun ini? Meriah atau macam biasa saja sebab tak dapat nak balik beraya di kampung?
Memandangkan anak yang baru berusia 3 bulan lebih, kami sekeluarga tak dapat nak balik ke Kelantan memandangkan keadaan jalan yang sudah pasti akan sesak teruk. Cukup la sekadar balik ke kampung saya di Pahang. Walaupun tak semeriah di Kelantan, tapi boleh la daripada beraya di Kuala Lumpur.

Balik pada malam raya memang menduga kesabaran. Bertolak agak lewat dari Bangi memandangkan hujan yang sangat lebat pada sebelah petang. Sesampai di Tol Gombak pada pukul 11 malam, Lebuhraya Karak sudah sangat sesak dengan kereta yg berpusu-pusu nak balik ke kampung masing-masing. Tengok sajalah gambar kat bawah ni.
Kesesakan teruk di Lebuhraya Karak pada malam raya Aidil Adha.


Perjalanan yang biasanya mengambil masa hanya 2 jam dari KL ke Mentakab telah menjadi hampir 6 jam pada malam itu. Bayangkan dengan badan yg letih bekerja terpaksa pula meredah kesesakan jalan.Rasa nak demam pun ada. huhuhuhuhu....

Memandangkan raya tahun ni jatuh pada hari Jumaat. Kebanyakan orang menunaikan ibadah korban pada hari sabtu. Ya lah.....Tengahari tu nak Sembahyang Jumaat lagi, takut nanti terkejar-kejar pula nak uruskan daging korban.

Tahun ni uwan (nenek) saya berkorban seekor kerbau di kampung. Anak sulung saya tak sabar nak tengok atuk dia sembelih kerbau. Biasa la. Pertama kali dapat tengok sendiri memang teruja sungguh la dia.
Semua dah bersedia untuk proses penyembelihan.


Tapi yang lawaknya bila masa tengah menyebelih tu takut plak dia nak tengok. Bila tanya kenapa takut, dia cakap bukan takut tapi kesian dengan kerbau tu. hehehehehe Proses melapah hanya mengambil masa selama 1 jam saja. Ye lah, semua yang terlibat tu memang cekap dalam bab-bab melapah kerbau ni. Daging pun diagihkan ke semua penduduk kampung. Manakala kami sekeluarga hanya ambil sedikit saja bahagian untuk dimasak pada hari itu. Apa lagi..... Buat daging pacak la. Daing segar kalau buat daging pacak memang sedap. Alamak! lupa plak nak ambil gambar daging pacak yang dah siap dimasak. Biasa la. Kalau perut dah lapar terus lupa dunia. hehehehehe

To be continued.......

Saturday 20 October 2012

I am born!!

Hello world!! This is my first post as a blogger. Never cross in my mind that after 34 years of my life I would have this blog. he he he... Thanks to UKM for this. Will post more thing after this since its a requirement for me to complete my course actually. see you soon. :)