Tuesday 13 November 2012

Keukenhof. Taman Bunga Tercantik Di Dunia

Bila disebut Belanda, antara tempat yang memang telah lama saya idamkan untuk pergi ialah Keukenhof, antara salah satu taman bunga tercantik di dunia. Terletak di antara Amsterdam dan The Hague di dalam daerah Bulb, taman ini berkeluasan 32 hektar yg dipenuhi lebih daripada 7 juta pokok bunga tulip, daffodil, hyacinth, ros dan pelbagai lagi. Tapi harus diingat, taman ini hanya dibuka selama 3 bulan sahaja diantara Mac hingga Mei iaitu musim bunga.

Untuk memudahkan perjalanan kami, saya telah menempah tiket untuk masuk beserta tiket bas melalui laman sesawang taman tersebut di http://www.keukenhof.nl. Harga untuk tiket masuk beserta tiket bas untuk perjalanan dua hala adalah sebanyak EUR21.00 untuk orang dewasa, EUR18.0 untuk warga tua dan EUR11.00 untuk kanak-kanak.

Kami tiba di Lapangan Terbang Schiphol lebih kurang pukul 9 malam dan terus menuju ke Hotel Schiphol A4, tempat kami menginap yang terletak lebih kurang 10 minit perjalanan dengan bas transit yg disediakan oleh pihak hotel.
Suasana di lapangan terbang Schiphol malam itu agak sejuk dan berangin kuat.

Seawal pagi esoknya kami bersiap-siap untuk ke Keukenhof memandangkan isteri saya dah tak sabar nak tengok bunga yang cantik-cantik di taman itu. Kami pergi semula ke lapangan terbang kerana bas yang pergi ke taman itu akan bergerak dari sana. Jangan lupa. Bas yang pergi ke taman tu bernombor 58. Cuaca memang agak sejuk dan berangin walaupun musim bunga telah bermula memandangkan landskap negara Belanda yang agak landai.

Bas yang membawa kami ke Keukenhof.
Jangan lupa nombor bas ni.

Perjalanan dari lapangan terbang ke Keukenhof mengambil masa selama lebih kurang 35 minit. Sepanjang perjalanan saya dapati sistem pengairan mereka sangat teratur. Agak kagum juga saya melihat pemandangan sepanjang perjalanan kami.

Antara pemandangan sepanjang perjalanan.

Dah dekat nak sampai ni.

Sesampai di Taman Keukenhof, saya sudah pun terpegun melihat bunga-bunga yang tumbuh meliar di luar taman tersebut dan tanpa berlengah terus masuk ke dalam taman tersebut untuk meneroka ke seluruh pelusok taman tersebut. Walaupun berjalan kaki, saya tak berasa letih memandang suasana yang sejuk dan berangin.

Sempat juga bergambar dengan anak di depan pintu masuk.





Duduk santai sambil menikmati pemandangan.

Versi hitam putih plak.


Selain di penuhi dengan berjuta-juta bunga, saya boleh katakan kemudahan asas di dalam kawasan taman itu juga agak baik dan mesra OKU. Mereka juga menyediakan banyak kerusi untuk pengunjung menghilangkan penat. Maklum sajalah, taman ni pun memang luas. Selain itu, kiosk menjual makanan juga disediakan di tengah-tengah taman tersebut. Jangan risau tentang makanan halal kerana ada juga orang Arab yang berniaga di situ. Walaupun hanya wafel dan "corn-in-cup", itu pun sudah memadai memandangkan kami telah kenyang melihat pemandangan yang indah di sini. Di situ juga terdapat kincir angin yang memang sinonim dengan Belanda. Dapat jugalah kami naik ke atas kincir angin tu.

Mummy dan Iris berehat kejap.


Family Photo Session


Macam ni rupanya dalam kincir angin tu.

Pemandangan dari atas kincir angin.
Lapar? Tak pasti halal ke tak? jangan bimbang. Ada orang Islam yang berniaga di sini.
Kedai menjual cenderahati pun ada di sini.




Selain itu, mereka juga ada menyediakan perkhidmatan bot untuk membawa pelancong melihat kawasan tempat mereka menanam bunga. Sekali lagi kami terpukau melihat keluasan kawasan tanaman mereka yang mana mereka memang terkenal sebagai negara pengeksport bunga di dunia.


Mari naik bot pulak.

Semua dah bersedia nak bertolak. Mat saleh pun pakai selimut pasal tak tahan sejuk.
Antara pokok bunga yang di tanam di sini.

Cantik sungguh ciptaan Allah.
Sebelum kami mengakhiri perjalanan kami di taman ini, sempat juga saya dan keluarga melihat bunga-bunga yang di letak di dalam rumah hijau mereka. Memang rambang mata tengok bermacam-macam warna bunga tulip. Sekali tengok macam bunga palsu pun ada. tapi hakikatnya memang bunga betul.
Merakam kenangan bersama isteri dan anak tersayang.





Sempat lagi possing. he he he



Di kelilingi tulip.

Setelah seharian di taman ini, kami pun bertolak balik semula ke tempat penginapan kami. Walaupun ada juga bahagian yang kami tak sempat dan tak larat lagi nak jelajah, tapi kami pulang dengan penuh kepuasan melihat keindahan ciptaan Allah yang tak terkata ini. Kalau di beri kesempatan memang saya akan kembali ke sini kerana setiap tahun mereka akan menukar tema taman ini.

Gambar terakhir sebelum balik.

Jom balik hotel plak.