Friday 8 February 2013

Ireland yang Mendamaikan

IRELAND YANG MENDAMAIKAN


Dari Paris kami tiba di Cork, Ireland pada pukul 5.30 petang. Setelah bersoal jawab dengan pihak imigresen Ireland, akhirnya pasport kami dicop dan dibenarkan untuk masuk ke dalam lobi. Nasib baik pegawai tu baik hati juga walaupun banyak tanya. Sempat gak buat lawak bangang. hehehehehe Dah memang kerja dia nak buat macam manakan....
Bila kami masuk ke ruang legar airport, sepupu isteri saya telah sedia menunggu bersama kawannya untuk menjemput kami. Kami pun terus menaiki teksi ke rumah sewa mereka yang terletak lebih kurang 30 minit perjalanan dari airport. Perjalanan agak lancar kerana jalan raya agak lengang. Saya dapati bandar Cork ni macam ala-ala country side. Dengan suasana seperti di kampung yang agak mendamaikan. Tak ada traffic jammed dan tak ada pencemaran. Penduduknya juga kelihatan seperti sangat santai. Tempat yang memang sesuai untuk belajar.

Rumah sewa sepupu wife yang kitorang tumpang.

Belakang rumah siap boleh bercucuk tanam tu.

Jalan-jalan cari pasal.

Suasana di pekan Cork.

Tak ada traffic jammed wo.....
Sepupu wife saya pun bawak kitorang jalan-jalan di dalam universiti tempat dia belajar. Apa nama universiti tu ek? aaaaa...... University College Cork. Dia ambil jurusan dentistry. Memang best la suasana dalam kawasan universiti tu. Tenang, mendamaikan dan sunyi jer. Landscape dalam universiti tu pun cantik.

Agaknya bangunan ni dah berapa lama ek?

Tak dapat belajar kat sini dapat ambik gambar kat depan pagar pun jadi la.

Dataran tempat perhimpunan hari Isnin kot. hahahaha

Iris pun nak belajar kat sini sebab kat sini sejuk.

Macam ni rupanya sebelah dalam bangunan lama tadi.
Malamnya kami tak ke mana-mana. Hanya duduk berehat di rumah dan yang paling best skali boleh masak sendiri sebab semua barang mentah ada. Sos cili pun ada wooo.... dekat 2 minggu tak makan pedas ni perut pun rasa tak best jer. Malam tu kami masuk tidur awal sebab keesokan harinya kami nak pegi melihat satu lagi kawasan yang mendamaikan iaitu Cliff of Moher. Alaaaa..... tempat yang westlife buat video klip untuk lagu My Love tu.

Awal pagi teksi telah bersedia menunggu kami di depan rumah. Memandangkan perjalanan agak jauh, kami terpaksa bertolak awal untuk memastikan kami dapat menikmati saat berada di sana.
Kami menaiki teksi sejauh lebih kurang 2 jam perjalanan dalam suasana perkampungan di Ireland.

Driver teksi tu cakap dekat sini la kapal titanic mula dibina.

Pemandangan sepanjang perjalanan ke Cliff of Moher.

Sihat-sihat lembu kat sini.

Ni runtuhan apa pun tak tahu. Tapi nampak sangat lama.
Sampai saja kami di destinasi tanpa membuang masa kami terus menikmati makanan yang kami bawa dari rumah. Ala-ala piknik style mat saleh la plakkan. Perut pun dah dah penuh. Maka kami pun memulakan aktiviti senaman ringan iaitu berjalan di tepi tebing yang tinggi sambil menikmati pemandangan yang sangat mendamaikan. Angin yang sepoi-sepoi bahasa ditambah pula dengan suhu yang menyejukkan membuatkan rasa macam berada di dalam klip Westlife. hahahahaha Tapi yang pastinya pengalaman berada di Cliff of Moher ni takkan dapat aku lupakan. Anak aku plak sibuk duk kacau sorang pakcik mat saleh ni yang bermain seruling. Terhibur gak la dengar. Kami berada di sana sehingga lebih kurang pukul 3 sebelum berangkat pulang dengan kenanganyang indah.





Yeyyy!!....sampai gak akhirnya.

Nak dapatkan info atau nak beli souvenir atau nak ke toilet? silalah masuk ke dalam yer.

Nak angkat bawak balik buat souvenir.

Mula-mula sekali melantak dulu. Perut lapar mana ada tenaga nak jalan.

Iris duk syok tiup bunga. Makan pun sikit jer.

Masa untuk senaman jalan itik.

Rehat jap. padahal baru jalan 10 minit jer. hehehehe

Subhanallah. Indahnya ciptaan Allah.
Possing time. Sila beratur lurus-lurus ya.
Iris duk kacau pakcik ni main seruling. hehehehe

Wednesday 30 January 2013

Paris oh Paris

PARIS OH PARIS.......

Perjalanan kami diteruskan ke Paris. Dari Venice kami tiba di Lapangan Terbang Charles de Gaulle, Paris pada pukul 11.15 pagi. Perjalanan mengambil masa selama 1 jam 45 minit. Sebenarnya kami takdek la nak singgah lama di Paris kerana impian saya hanyalah nak melihat Eiffel Tower dengan mata saya sendiri. Ye lah....dah semua orang macam mengimpikan untuk berbulan madu di Paris. So, saya pun nak la jugakan walaupun yang ni kira bulan madu kali ke 7. hehehehehe 

Setibanya di airport, kami terus menaiki teksi ke Hotel Novotel yang terletak di tengah-tengah bandar Paris berhampiran dengan stesen keretapi Gare Montparnasse. Hotel bertaraf 4 bintang ini memang amat selesa dan harganya agak berpatutan iaitu EUR120 sebilik untuk 2 dewasa dan 1 orang kanak. Manakala bagi bilik yang boleh menempatkan 3 dewasa berharga EUR140 termasuk sarapan. Iris la orang yang paling seronok sebab di hotel itu juga ada menyediakan permainan video Xbox di ruang lobinya. 

Iris muka baru bangun tido.
Dari hotel pun dah boleh nampak Eiffel Tower.
Setelah meletakkan beg pakaian di dalam bilik hotel, kami sekeluarga terus keluar untuk mencari makanan. Tapi belum sempat jumpa tempat makan, geng-geng perempuan dah terjumpa benda tempat yang lagi syok untuk mereka. Apa lagi....tempat shopping la. Kami singgah di Galeries Lafayette atas pemintaan pihak majoriti. Nasib baik juga la saya terjumpa tempat makan halal berhampiran dengan tempat shopping tu. So, daddy and Iris will have our lunch first while the ladies satisfying their hunger for shopping. Tak tahan woooo.... dari pagi tak makan apa-apa lagi ni. Dapat la kami makan burger and coke. Tapi yang tak best tu takdek sos cili la. Lupa plak yang mat saleh mana makan burger ngan sos cili. Segala macam sos ada tapi sos cili tarak. apa daaaaa.... Potong stim betul la. Last-last belasah gak la dengan sos lada hitam. Itu pun bukan pedas pun. Iris suka la sebab dia hantu sos tomato. Tengah lepak-lepak makan dengan Iris baru la geng perempuan sampai. Rupanya tau jugak lapar ek. hehehehehe lepas makan kami pun berjalan balik ke hotel. Semasa perjalanan kami terjumpa dengan satu bangunan ni. Rupanya hotel kami ni terletak berhampiran dengan Institut Pasteur. Memandangkan kami sampai di hotel dah lebih kurang pukul 5 petang. So, kami cuma duduk berehat di hotel sajalah pada malam tu memandangkan penat semalam pun belum hilang lagi.

Institut Pasteur

Haaa.... Ni la tempat shopping tu. huhuhuhu

Keesokan paginya, selepas bersarapan kami terus menaiki keretapi yang lebih dikenali dengan panggilan Metro di Paris untuk ke Eiffel Tower. Setibanya di sana kami cuma bergambar kenangan dan membeli beberapa souvenier dari penjaja haram yang terdapat di sekitar Eiffel Tower. Tapi memang lawak bila tengok kumpulan penjaja ni bertempiaran lari bila nampak polis berbasikal meronda di kawasan tu. Mak mertua saya hampir dapat barang percuma sebab penjual tu dah melarikan diri sebelum dia sempat bayar. Nasib baik la mak mertua saya tu baik hati, siap tunggu mamat tu datang balik. Pada mulanya kami ingat nak merasa naik ke atas Eiffel Tower tu. Tapi memandangkan baris yang panjang, terpaksalah kami melupakan hasrat kami tu kerana kesuntukan masa disebabkan kami terpaksa berada di airport sebelum pukul 3 petang.

Nak possing gak.

Panjang tu barisan nak beli tiket.

Dapat ambik gambar dari bawah pun jadi la.

Ni la dia polis berbasikal tu. Sempoi jer.

Eiffel Tower. Satu lagi impian tercapai.

Satu kejadian buruk hampir menimpa kami sekeluarga semasa perjalanan untuk balik ke hotel dengan menaiki metro. Kami hampir menjadi mangsa penyeluk saku. Bukan seorang yang buat keja tu. Mereka datang secara berkumpulan dan berlakon kononnya bertanyakan arah dengan menunjukkan sehelai peta. Nasib baik la adik ipar saya perasan semasa salah seorang dari penyeluk saku tu tengah cuba nak membuka beg galasnya. Kebetulan pula waktu tu metro sedang berhenti di satu stesyen terus bertempiaran lari mereka semua. Rupanya semua beg kami dah pun terbuka sedikit. nasib baik la mereka tak sempat nak ambil apa-apa. Yang sedihnya, mereka semua tu budak-budak remaja dalam lingkungan 14-17 tahun. Mungkin sebab terlalu ramai perndatang di Paris tu menyebabkan gejalan sosial ni berlaku. So, saya harap sesiapa yang pergi melancong ke Paris agar berhati-hati semasa menaiki pengangkutan awam. Wang ringgit hilang boleh diganti, tapi kalau passport hilang jadi pendatang haram woooo..... Setelah mengambil beg pakaian kami di hotel, kami pun terus check-out dan terus menuju ke airport untuk ke Cork, Ireland pula untuk melawat sepupu isteri saya yang belajar disana sambil jalan-jalan di sekitar kawasan berhampiran. To be continued.......

Hati-hati semasa menaiki metro ni.

Iris dapat kawan baru masa di airport.

Venice - Pulau Romantis

 Venice - Pulau Romantis.

Kembara Eropah kami bersambung di Venice, Itali. Venice adalah sebuah bandar di utara Itali, ibu kota bahagian Veneto. Bersama-sama dengan Padua, bandar raya ini termasuk dalam kawasan metropolitan Padua-Venice. Venice dikenali sebagai "La Dominante", "Serenissima", "Ratu Adriatik", "Bandar Raya Air", "Bandar Raya Jambatan-jambatan", dan "Bandar Raya Cahaya".
Venice terdiri dari 117 pulau-pulau kecil yang dipisahkan oleh 150 buah terusan. Penduduk menyeberangi terusan-terusan ini melalui jambatan-jambatan yang kecil dan banyak. Mereka boleh juga berada menaiki sejenis bot yang dipanggil gondola untuk melalui terusan-terusan ini.
Bangunan-bangunan di Venice adalah sangat tua dan menarik, dan pelancong datang dari seluruh dunia untuk melihat senibina ini dan juga terusan-terusan. Bandar raya ini adalah dianggap oleh ramai orang sebagai satu bandar yang paling cantik di dunia.

Kami tiba di lapangan terbang Marco Polo lebih kurang pukul 9.20 malam dan terus menaiki bas ATVO flybus untuk ke Mestre, tempat di mana hotel kami terletak. Tiket bas boleh didapati di kedai menjual surat khabar yang terdapat di dalam airport. Jangan lupa, no bas yang perlu anda naiki adalah no. 15. Perjalanan dari airport ke Mestre mengambil masa selama 20 minit sahaja dan kami terus check-in memandangkan hari sudah agak lewat. Selepas check-in saya sempat bersiar-siar di luar kawasan hotel sambil mencari makanan untuk dimakan malam itu. Alhamdulillah, ada sebuah kedai pakistan yang menjual kebab terletak berhampiran. Nama hotel yang kami duduk tu ialah Hotel Bologna, terletak betul-betul di hadapan stesen keretapi Venezia Mestre iaitu perhubungan utama antara tanah besar dan pulau Venice. Harga penginapan pun kira ok la, EUR134.10 semalaman untuk 1 bilik yang boleh muat 3 orang.

Keadaan di dalam bilik Hotel Bologna.
Memang tak sabar nak tidur time ni.
Gambar hotel dari luar diambil pada keesokan paginya.
Keesokan harinya, selepas menikmati sarapan pagi di hotel, kami meluangkan masa di bilik hotel untuk menghilangkan penat selepas tiba agak lewat pada malam sebelumnya. Sementara mereka semua berehat di hotel, saya menghabiskan masa dengan berjalan-jalan di sekitar kawasan luar hotel. Sempat juga saya merasa menikmati teh panas di kiosk kecil yang terdapat di stesen keretapi Mestre sambil membeli tiket keretapi untuk ke pulau Venice. 
Memandangkan kami tidak terikat dengan apa-apa jadual, kami hanya bertolak ke pulau pada waktu tengahari. Memang menarik pemandangan di pulau. Dengan binaan yang berada di atas permukaan air serta rapat antara satu sama lain, setiap satu bahagian dihubungkan oleh jambatan-jambatan kecil dan lorong-lorong yang agak mengelirukan. Nasib baik la saya agak pandai melihat peta. hehehehehe 

Pemandangan pulau dari dalam keretapi.
Welcome to Venice Island
Iris possing sambil tunggu mummy siap shopping barang souvenier
Daddy pun nak possing gak. hehehehe
Tanpa berlengah kami mencari restoran untuk makan tengahari. Di Campo Santa Margherita, kira-kira 7 minit berjalan kaki dari stesen keretapi, terdapat satu kawasan dataran yang menempatkan beberapa buah restoran yang menyediakan makanan Itali seperti pasta, pizza dan makanan laut. Kami mencuba sebuah restoran yang terletak betul-betul di bawah Hotel Albergo Antico Capon dan ternyata kami amat bertuah kerana makanannya memang sangat lazat sekali walaupun kami hanya memesan pasta, seafood dan minuman tetapi pastanya memang berlainan sekali dengan apa yang biasa kita makan di Malaysia. Maklumlah, pastanya dibuat sendiri bila kita order. Seafoodnya juga memang segar dan sedap sekali. Harganya pula dalam EUR140 untuk 6 orang makan termasuk minuman. Restorannya juga sangat bersih dan amat selesa.

Suasana di dalam restoran yang mendamaikan
Pasta yang sangat sedap

Roti ni complimentary dari restoran

Fresh seafood. Yummy!!

Alhamdulillah. Dah selamat masuk perut semua
Nilah dia gambar restoran tu dari luar.

Selepas makan kami pun bersiar-siar di sekitar kawasan tersebut sambil merehatkan perut yang dah sarat dengan makanan yang sedap tadi. Selepas itu kami meneruskan perjalanan ke Campo Santa Maria del Giglio yang terletak di hadapan Hotel Gritti untuk menaiki gondola. Wow!! macam tak percaya satu lagi impian bakal tercapai. Kami sampai lebih kurang 1 jam awal ke tempat menunggu kerana bimbang terlewat. maklumlah, takut tersesat jer sebab banyak sangat lorong-lorong kecil yang kena lalu. Nasib baik ada hamba Allah ni pandai baca peta. Sampai mak mertua pun takjub. Siap cakap macam dah pernah datang jer. hehehehe bukan saya yang cakap haaaa...mak mertua saya yang cakap. 

Semasa perjalanan terserempak dengan peniaga atas bot. segar-segar tu....

Antara pemandangan di sepanjang perjalanan ke stesen gondola

Ni lah tempatnya.

Muka-muka excited nak naik gondola. termasuk la saya. hehehehe
Sebenarnya, tiket untuk menaiki gondola ni saya dah booked awal lagi melalui internet sebab lebih murah kalau nak compare beli di sana. Tambahan pula trip yang kami naik ni melalui Grand Canal semasa matahari terbenam. Perasaan bila naik gondola ni memang syok. Rasa cam romantik gitu. Cuma lebih romantik kalau dapat naik dengan cik wife jer. Tapi memang mengasyikkan ditambah pula dengan alunan muzik dan nyanyian klasik Itali. Tak sangka pulak yang pakej yang kitorang ambik ni ada termasuk penyanyi. hehehehe kami bergerak di sepanjang Grand Canal dan menyusuri terusan-terusan kecil secara berkumpulan. Yang menakjubkan saya ialah cara mereka mengemudi gondola semasa melalui terusan-terusan kecil. Walaupun kami bergerak sebanyak lebih kurang 6 buah gondola, tidak ada sekali pun mereka berlaga sesama sendiri atau dengan dinding di tepi terusan walaupun jarak antara setiap gondola tu agak rapat. Perjalanan kami mengambil masa selama 45 minit. Walaupun hanya 45 minit, tapi ianya satu kenangan yang tak dapat kami lupakan sampai bila-bila.

Kayuh baik-baik ya bang.....

Bergambar kenangan di atas gondola.

Ni lah dia penyanyi jemputan khas. Suara memang besto.

Steady jer diorang bawak celah-celah terusan kecik.


Pemandangan yang sempat dirakam semasa menaiki gondola.
Selepas menaiki gondola, kami pun bersiar-siar di sekitar kawasan sambil menuju ke stesen keretapi untuk pulang ke hotel. Tambahan pula si kecik tu dah mengantuk dan penat sebab terpaksa berjalan kaki di sekitar pulau Venice tu.

Sempat juga singgah di muzium muzik. Tak ingat nama tempat ni.

Suasana di Pulau Venice pada waktu malam.

Selamat tinggal Venice. Harap kita akan bertemu lagi di lain masa.
Sampai saja di hotel, kami pun terus melakukan aktiviti yang paling best. Apa lagi..... tidur la. Kaki pun dah penat berjalan-jalan di sekitar Pulau Venice tu. Tambahan pula kami akan menaiki kapal terbang pada awal pagi esoknya. Kemana pula destinasi kami seterusnya? Kita ke City of Love la..... Paris. hehehehehe To be continued...........