Wednesday 30 January 2013

Paris oh Paris

PARIS OH PARIS.......

Perjalanan kami diteruskan ke Paris. Dari Venice kami tiba di Lapangan Terbang Charles de Gaulle, Paris pada pukul 11.15 pagi. Perjalanan mengambil masa selama 1 jam 45 minit. Sebenarnya kami takdek la nak singgah lama di Paris kerana impian saya hanyalah nak melihat Eiffel Tower dengan mata saya sendiri. Ye lah....dah semua orang macam mengimpikan untuk berbulan madu di Paris. So, saya pun nak la jugakan walaupun yang ni kira bulan madu kali ke 7. hehehehehe 

Setibanya di airport, kami terus menaiki teksi ke Hotel Novotel yang terletak di tengah-tengah bandar Paris berhampiran dengan stesen keretapi Gare Montparnasse. Hotel bertaraf 4 bintang ini memang amat selesa dan harganya agak berpatutan iaitu EUR120 sebilik untuk 2 dewasa dan 1 orang kanak. Manakala bagi bilik yang boleh menempatkan 3 dewasa berharga EUR140 termasuk sarapan. Iris la orang yang paling seronok sebab di hotel itu juga ada menyediakan permainan video Xbox di ruang lobinya. 

Iris muka baru bangun tido.
Dari hotel pun dah boleh nampak Eiffel Tower.
Setelah meletakkan beg pakaian di dalam bilik hotel, kami sekeluarga terus keluar untuk mencari makanan. Tapi belum sempat jumpa tempat makan, geng-geng perempuan dah terjumpa benda tempat yang lagi syok untuk mereka. Apa lagi....tempat shopping la. Kami singgah di Galeries Lafayette atas pemintaan pihak majoriti. Nasib baik juga la saya terjumpa tempat makan halal berhampiran dengan tempat shopping tu. So, daddy and Iris will have our lunch first while the ladies satisfying their hunger for shopping. Tak tahan woooo.... dari pagi tak makan apa-apa lagi ni. Dapat la kami makan burger and coke. Tapi yang tak best tu takdek sos cili la. Lupa plak yang mat saleh mana makan burger ngan sos cili. Segala macam sos ada tapi sos cili tarak. apa daaaaa.... Potong stim betul la. Last-last belasah gak la dengan sos lada hitam. Itu pun bukan pedas pun. Iris suka la sebab dia hantu sos tomato. Tengah lepak-lepak makan dengan Iris baru la geng perempuan sampai. Rupanya tau jugak lapar ek. hehehehehe lepas makan kami pun berjalan balik ke hotel. Semasa perjalanan kami terjumpa dengan satu bangunan ni. Rupanya hotel kami ni terletak berhampiran dengan Institut Pasteur. Memandangkan kami sampai di hotel dah lebih kurang pukul 5 petang. So, kami cuma duduk berehat di hotel sajalah pada malam tu memandangkan penat semalam pun belum hilang lagi.

Institut Pasteur

Haaa.... Ni la tempat shopping tu. huhuhuhu

Keesokan paginya, selepas bersarapan kami terus menaiki keretapi yang lebih dikenali dengan panggilan Metro di Paris untuk ke Eiffel Tower. Setibanya di sana kami cuma bergambar kenangan dan membeli beberapa souvenier dari penjaja haram yang terdapat di sekitar Eiffel Tower. Tapi memang lawak bila tengok kumpulan penjaja ni bertempiaran lari bila nampak polis berbasikal meronda di kawasan tu. Mak mertua saya hampir dapat barang percuma sebab penjual tu dah melarikan diri sebelum dia sempat bayar. Nasib baik la mak mertua saya tu baik hati, siap tunggu mamat tu datang balik. Pada mulanya kami ingat nak merasa naik ke atas Eiffel Tower tu. Tapi memandangkan baris yang panjang, terpaksalah kami melupakan hasrat kami tu kerana kesuntukan masa disebabkan kami terpaksa berada di airport sebelum pukul 3 petang.

Nak possing gak.

Panjang tu barisan nak beli tiket.

Dapat ambik gambar dari bawah pun jadi la.

Ni la dia polis berbasikal tu. Sempoi jer.

Eiffel Tower. Satu lagi impian tercapai.

Satu kejadian buruk hampir menimpa kami sekeluarga semasa perjalanan untuk balik ke hotel dengan menaiki metro. Kami hampir menjadi mangsa penyeluk saku. Bukan seorang yang buat keja tu. Mereka datang secara berkumpulan dan berlakon kononnya bertanyakan arah dengan menunjukkan sehelai peta. Nasib baik la adik ipar saya perasan semasa salah seorang dari penyeluk saku tu tengah cuba nak membuka beg galasnya. Kebetulan pula waktu tu metro sedang berhenti di satu stesyen terus bertempiaran lari mereka semua. Rupanya semua beg kami dah pun terbuka sedikit. nasib baik la mereka tak sempat nak ambil apa-apa. Yang sedihnya, mereka semua tu budak-budak remaja dalam lingkungan 14-17 tahun. Mungkin sebab terlalu ramai perndatang di Paris tu menyebabkan gejalan sosial ni berlaku. So, saya harap sesiapa yang pergi melancong ke Paris agar berhati-hati semasa menaiki pengangkutan awam. Wang ringgit hilang boleh diganti, tapi kalau passport hilang jadi pendatang haram woooo..... Setelah mengambil beg pakaian kami di hotel, kami pun terus check-out dan terus menuju ke airport untuk ke Cork, Ireland pula untuk melawat sepupu isteri saya yang belajar disana sambil jalan-jalan di sekitar kawasan berhampiran. To be continued.......

Hati-hati semasa menaiki metro ni.

Iris dapat kawan baru masa di airport.

No comments:

Post a Comment