Saturday 26 January 2013

Rome - Bandar penuh dengan sejarah

Rome - Bandar Bersejarah


ROME memang terkenal sebagai sebuah tempat yang penuh dengan sejarah. Tempat di mana bermulanya empayar yang turut dikenali dengan nama Rom sememangnya meninggalkan banyak tinggalan sejarah dari segi budaya dan binaan.

Saya berkesempatan untuk menjejakkan kaki ke sana pada April 2011 dan ianya merupakan antara tempat yang memang dari kecil lagi memang saya impikan untuk pergi memandangkan kita memang telah didedahkan dengan tamadun Rom sejak dari bangku sekolah lagi. Tanpa menggunakan sebarang khidmat pemandu pelancong, saya memberanikan diri untuk pergi ke sana bersama-sama keluarga saya. Maklumlah, kalau ikut pakej pelancongan ni kosnya memang tinggi sikit. Tambahan pula ada sesetengah tempat yang kita tak teringin pergi pun terpaksa pergi seperti kompleks membeli-belah dan juga terikat dengan aturcara yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur. 

Kami tiba di lapangan terbang Fiumicino dari Amsterdam pada pukul 2.30 petang. Setibanya di lapangan terbang saya pun terus ambil satu peta Rome yang sememangnya disediakan percuma untuk pelancong yang datang ke sana. Trust me, their map is accurate, up to date and reliable. Selepas mengambil bagasi masing-masing kami pun terus ke lobi airport untuk mencari teksi ke tempat penginapan kami. Rupanya tak perlu mencari sebab ramai pemandu-pemandu teksi yang menunggu di ruang lobi. Pada mulanya saya agak bimbang dengan masalah untuk berkomunikasi kerana difahamkan penduduk Itali tak banyak yang boleh berbahasa inggeris. Tapi alhamdulillah, pemandu teksi kebanyakannya boleh berbahasa inggeris walaupun dalam bahasa yang agak sukar difahami memandangkan bercampur dengan bahasa itali. hehehehe.... 
 
Ni jer yang sempat dirakam masa di airport sebab rushing nak cari teksi.
Tambang teksi ke bandar Rome taklah mahal sangat. Lebih kurang EUR60-00 untuk sebuah mpv memandangkan bilangan kami seramai 6 orang. Tapi oleh kerana kita kena convert ke RM memang terasa jugak la. Tapi saya terfikir juga. Di KL pun kita dikenakan bayaran RM200 ke RM250 untuk menaiki mpv ke KLIA atau LCCT. So, fikir-fikirkanlah ya.
Dalam lebih kurang 25 minit perjalanan, kami tiba di tempat penginapan kami. Yang lawaknya tempat kami duduk tu berada di lorong yang agak kecil. So, teksi tu tak boleh nak masuk dan terpaksa turunkan kami di jalan besar dengan menarik beg2 yang besar. huhuhuhu apa boleh buat.... nak marah pun bukan salah dia. Kami bukanlah duduk di hotel taraf 5 bintang pun. Kami duduk di bilik sewa yang turut menyediakan sarapan atau lebih dikenali dengan panggilan "Bed & Breakfast". Harga pun murah cuma dalam EUR130 sebilik untuk 1 malam. Walaupun begitu, biliknya amat selesa, bersih dan ada wifi tu ditambah pula dengan tuan rumah yang sangat peramah walaupun dia tak berapa pandai berbahasa inggeris. Dah macam ayam dengan itik pula bercakap. hahahaha.... Lupa plak. Nama tempat ni B&B EmilyHouse.
Ni lah dia tuan rumah yang peramah tu. Miss Emily.
Simple yet comfortable.
View dari tingkap bilik. Lorong yang teksi tu taknak masuk.

Tapi yang seronoknya, tempat tinggal kami ni terletak berdekatan dengan Colosseum. Lebih kurang 10 minit perjalanan dengan berjalan kaki melalui lorong-lorong kecil. Setelah berehat sekejap dalam bilik, kami pun keluar mencari makanan memandangkan perut pun dah berkeroncong. Nak tau kami makan dimana? hehehehe...... kat depan Colosseum tu. Seberang jalan jer. Kami hanya order pizza mozarella dan seafood salad. Tapi memang amat menyelerakan. Maklumlah, pizza dan pasta ni kan memang asal dari sini. Walaupun simple, tapi memang terasa sedapnya.
Aksi orang kelaparan. hehehehe
Cappuccino terbaek!!
Perut dah kenyang kami pun bersantai di depan Colosseum sambil menikmati suasana petang yang mendamaikan. Nak jalan ke tempat lain pun hari dah petang. nanti takut sesat plak nak cari tempat tinggal. Nak masuk pun dah tak boleh sebab waktu melawat dah tamat. Sempat jugalah merakamkan detik-detik di Colosseum pada waktu petang. 
Akhirnya!!!! Salah satu impian tercapai.
Jom try shutter slow ambil gambar Colosseum waktu senja.
Jalan menuju ke Forum.
Keesokan harinya kami kembali ke Colosseum untuk merasa pengalaman berada di dalam Colosseum itu sendiri. Selepas itu kami ke Piazza Venezia di mana terletaknya bangunan yang menempatkan manumen collosal Vittorio Emanuele II. Kemudian kami ke Vatican City yang terletak lebih kurang 20-30 minit dari pusat bandar Rome. Kami hanya bergambar di hadapan pintu masuk ke Vatican City memandangkan ramai penganut Kristian yang beratur panjang untuk masuk ke sana.
Pemandangan di dalam Colosseum.

Bergambar kenangan dalam Colosseum.
Iris jadi Cleopatra hari tu. hehehehehe
Monumen collosal Vittorio Emanuele II
Pintu masuk ke Vatican City. St Peter's Basilica
Close up St Peter Basilica
Setelah seharian berjalan di Rome, kami pun bersiap-siap untuk balik ke lapangan terbang untuk meneruskan kembara Eropah kami ke Venice. Weehoooo.... tak sabar nak naik gondola sebenarnya. Satu lagi impian bakal tercapai. Nantikan sambungan kembara saya ke Venice pula.
Sebelum ke airport, jom kita makan dulu.


Makanan ni dijamin halal sebab ada sijil halal di depan pintu masuk. Restoren milik orang arab.
Antara pemandangan semasa perjalanan ke airport.

 

No comments:

Post a Comment