Wednesday 30 January 2013

Venice - Pulau Romantis

 Venice - Pulau Romantis.

Kembara Eropah kami bersambung di Venice, Itali. Venice adalah sebuah bandar di utara Itali, ibu kota bahagian Veneto. Bersama-sama dengan Padua, bandar raya ini termasuk dalam kawasan metropolitan Padua-Venice. Venice dikenali sebagai "La Dominante", "Serenissima", "Ratu Adriatik", "Bandar Raya Air", "Bandar Raya Jambatan-jambatan", dan "Bandar Raya Cahaya".
Venice terdiri dari 117 pulau-pulau kecil yang dipisahkan oleh 150 buah terusan. Penduduk menyeberangi terusan-terusan ini melalui jambatan-jambatan yang kecil dan banyak. Mereka boleh juga berada menaiki sejenis bot yang dipanggil gondola untuk melalui terusan-terusan ini.
Bangunan-bangunan di Venice adalah sangat tua dan menarik, dan pelancong datang dari seluruh dunia untuk melihat senibina ini dan juga terusan-terusan. Bandar raya ini adalah dianggap oleh ramai orang sebagai satu bandar yang paling cantik di dunia.

Kami tiba di lapangan terbang Marco Polo lebih kurang pukul 9.20 malam dan terus menaiki bas ATVO flybus untuk ke Mestre, tempat di mana hotel kami terletak. Tiket bas boleh didapati di kedai menjual surat khabar yang terdapat di dalam airport. Jangan lupa, no bas yang perlu anda naiki adalah no. 15. Perjalanan dari airport ke Mestre mengambil masa selama 20 minit sahaja dan kami terus check-in memandangkan hari sudah agak lewat. Selepas check-in saya sempat bersiar-siar di luar kawasan hotel sambil mencari makanan untuk dimakan malam itu. Alhamdulillah, ada sebuah kedai pakistan yang menjual kebab terletak berhampiran. Nama hotel yang kami duduk tu ialah Hotel Bologna, terletak betul-betul di hadapan stesen keretapi Venezia Mestre iaitu perhubungan utama antara tanah besar dan pulau Venice. Harga penginapan pun kira ok la, EUR134.10 semalaman untuk 1 bilik yang boleh muat 3 orang.

Keadaan di dalam bilik Hotel Bologna.
Memang tak sabar nak tidur time ni.
Gambar hotel dari luar diambil pada keesokan paginya.
Keesokan harinya, selepas menikmati sarapan pagi di hotel, kami meluangkan masa di bilik hotel untuk menghilangkan penat selepas tiba agak lewat pada malam sebelumnya. Sementara mereka semua berehat di hotel, saya menghabiskan masa dengan berjalan-jalan di sekitar kawasan luar hotel. Sempat juga saya merasa menikmati teh panas di kiosk kecil yang terdapat di stesen keretapi Mestre sambil membeli tiket keretapi untuk ke pulau Venice. 
Memandangkan kami tidak terikat dengan apa-apa jadual, kami hanya bertolak ke pulau pada waktu tengahari. Memang menarik pemandangan di pulau. Dengan binaan yang berada di atas permukaan air serta rapat antara satu sama lain, setiap satu bahagian dihubungkan oleh jambatan-jambatan kecil dan lorong-lorong yang agak mengelirukan. Nasib baik la saya agak pandai melihat peta. hehehehehe 

Pemandangan pulau dari dalam keretapi.
Welcome to Venice Island
Iris possing sambil tunggu mummy siap shopping barang souvenier
Daddy pun nak possing gak. hehehehe
Tanpa berlengah kami mencari restoran untuk makan tengahari. Di Campo Santa Margherita, kira-kira 7 minit berjalan kaki dari stesen keretapi, terdapat satu kawasan dataran yang menempatkan beberapa buah restoran yang menyediakan makanan Itali seperti pasta, pizza dan makanan laut. Kami mencuba sebuah restoran yang terletak betul-betul di bawah Hotel Albergo Antico Capon dan ternyata kami amat bertuah kerana makanannya memang sangat lazat sekali walaupun kami hanya memesan pasta, seafood dan minuman tetapi pastanya memang berlainan sekali dengan apa yang biasa kita makan di Malaysia. Maklumlah, pastanya dibuat sendiri bila kita order. Seafoodnya juga memang segar dan sedap sekali. Harganya pula dalam EUR140 untuk 6 orang makan termasuk minuman. Restorannya juga sangat bersih dan amat selesa.

Suasana di dalam restoran yang mendamaikan
Pasta yang sangat sedap

Roti ni complimentary dari restoran

Fresh seafood. Yummy!!

Alhamdulillah. Dah selamat masuk perut semua
Nilah dia gambar restoran tu dari luar.

Selepas makan kami pun bersiar-siar di sekitar kawasan tersebut sambil merehatkan perut yang dah sarat dengan makanan yang sedap tadi. Selepas itu kami meneruskan perjalanan ke Campo Santa Maria del Giglio yang terletak di hadapan Hotel Gritti untuk menaiki gondola. Wow!! macam tak percaya satu lagi impian bakal tercapai. Kami sampai lebih kurang 1 jam awal ke tempat menunggu kerana bimbang terlewat. maklumlah, takut tersesat jer sebab banyak sangat lorong-lorong kecil yang kena lalu. Nasib baik ada hamba Allah ni pandai baca peta. Sampai mak mertua pun takjub. Siap cakap macam dah pernah datang jer. hehehehe bukan saya yang cakap haaaa...mak mertua saya yang cakap. 

Semasa perjalanan terserempak dengan peniaga atas bot. segar-segar tu....

Antara pemandangan di sepanjang perjalanan ke stesen gondola

Ni lah tempatnya.

Muka-muka excited nak naik gondola. termasuk la saya. hehehehe
Sebenarnya, tiket untuk menaiki gondola ni saya dah booked awal lagi melalui internet sebab lebih murah kalau nak compare beli di sana. Tambahan pula trip yang kami naik ni melalui Grand Canal semasa matahari terbenam. Perasaan bila naik gondola ni memang syok. Rasa cam romantik gitu. Cuma lebih romantik kalau dapat naik dengan cik wife jer. Tapi memang mengasyikkan ditambah pula dengan alunan muzik dan nyanyian klasik Itali. Tak sangka pulak yang pakej yang kitorang ambik ni ada termasuk penyanyi. hehehehe kami bergerak di sepanjang Grand Canal dan menyusuri terusan-terusan kecil secara berkumpulan. Yang menakjubkan saya ialah cara mereka mengemudi gondola semasa melalui terusan-terusan kecil. Walaupun kami bergerak sebanyak lebih kurang 6 buah gondola, tidak ada sekali pun mereka berlaga sesama sendiri atau dengan dinding di tepi terusan walaupun jarak antara setiap gondola tu agak rapat. Perjalanan kami mengambil masa selama 45 minit. Walaupun hanya 45 minit, tapi ianya satu kenangan yang tak dapat kami lupakan sampai bila-bila.

Kayuh baik-baik ya bang.....

Bergambar kenangan di atas gondola.

Ni lah dia penyanyi jemputan khas. Suara memang besto.

Steady jer diorang bawak celah-celah terusan kecik.


Pemandangan yang sempat dirakam semasa menaiki gondola.
Selepas menaiki gondola, kami pun bersiar-siar di sekitar kawasan sambil menuju ke stesen keretapi untuk pulang ke hotel. Tambahan pula si kecik tu dah mengantuk dan penat sebab terpaksa berjalan kaki di sekitar pulau Venice tu.

Sempat juga singgah di muzium muzik. Tak ingat nama tempat ni.

Suasana di Pulau Venice pada waktu malam.

Selamat tinggal Venice. Harap kita akan bertemu lagi di lain masa.
Sampai saja di hotel, kami pun terus melakukan aktiviti yang paling best. Apa lagi..... tidur la. Kaki pun dah penat berjalan-jalan di sekitar Pulau Venice tu. Tambahan pula kami akan menaiki kapal terbang pada awal pagi esoknya. Kemana pula destinasi kami seterusnya? Kita ke City of Love la..... Paris. hehehehehe To be continued...........

No comments:

Post a Comment